murai batu

murai batu
suke aku pada burung ni

halaqahonline

Wednesday, April 27, 2011

orang muda kita punya friend

Kini PAS amnya dan Dewan Pemuda PAS khasnya tidak sekali - kali boleh ditohmah bahawa ia hanya parti milik tok lebai , parti orang kampung , parti primitif dan sebangainya . Justeru kini PAS mula diterima oleh semua terutama anak - anak muda yang mula menjadikan PAS sebagai wadah atau pangkalan mereka untuk berjuang menuntut sebuah perubahan di dalam negara kita hari ini.


4. PAS bagai sebuah bahtera penyelamat yang berlayar meredah gelombang ganas hasil pergolakan politik , kebiadaban manusia dan kerosakkan sistem . Semua orang digamit agar segera menaiki bahtera ini sebelum tenggelam dipukul gelombang dan hanyut dibawa arus .

5. Anak - anak muda tidak perlu teragak - agak untuk menyertai wadah perjuangan suci ini sebaliknya apa yang perlu ialah segera bertindak nekad dan yakin bersama PAS untuk mengurus sebuah perjuangan menuntut keadilan , ketelusan , kesaksamaan , kesejahteraan , kebajikan dan keamanan . Lebih bermakna , perjuangan ini adalah perjuangan yang memartabatkan syariat Allah swt Tuhan yang Mencipta sekelian alam .

6. Bersama PAS , naluri anak - anak muda tidak sekali - kali dihalang bahkan naluri mereka akan :

a] dipandu agar benar jalan yang dilalui mereka ,
b] dididik agar mampu menilai tindakan mereka ,
c] dibina agar lahir sebagai insan yang soleh dan
d] dipelihara agar selamat dari kemurkaan Allah swt .

7. Perjuangan PAS tidak semata - mata politik , pengaruh dan kuasa tetapi perjuangan PAS juga adalah :

a] memurnikan akhlak , [ keperibadian ]
b] menyantuni Insan , [ mesra rakyat ]
c] membetulkan aqidah [ pegangan hidup ]
d] membekalkan ilmu dan memantapkan fikrah [ pemikiran ]
e] merangkaikan ukhuwwah [ tali persaudaraan ]
f] mengiktiraf peranan anak muda
g] memperjuangkan hak anak - anak muda
h] memperjuangkan hak golongan yang tertindas dan dinafikan
i] wadah alternatif buat rakyat berjuang menuntut hak mereka

8. Potensi anak - anak muda dengan kekuatan fizikal , kecerdasan minda dan kecekalan semangat mereka sangat diperlukan oleh perjuangan yang mewakili rakyat seperti PAS untuk menyemarakkan angin perubahan sekaligus meruntuhkan kezaliman , penindasan , kekejaman , korupsi dan 1001 maksiat serta mungkar yang membinasakan peradaban atau tamaddun manusia .

9. Saya tidak lihat potensi anak muda musnah atau terencat apabila menyertai perjuangan ini melainkan segala potensi yang telah sedia ada akan dipertingkatkan sehingga membentuk satu prestasi yang membanggakan negara dan seluruh rakyatnya yang mempunyai anak - anak muda merdeka serta bebas tanpa dijajah jiwa dan minda mereka .

10. Orang Muda Geng Kita adalah satu slogan yang bersifat praktikal untuk menterjemah konsep perjuangan PAS bersama anak - anak muda negara dengan menyediakan wadah perjuangan buat mereka sekaligus memartabat peranan mereka dalam membangunkan negara dari seluruh aspek iaitu spiritual dan material .

Monday, April 25, 2011

Monday, April 18, 2011


Punca Lambat Kahwin

Tetapi bagaimana dengan lelaki? Mengapa mereka terus membujang sebegitu lama? Cuba semak, mengapa anda membujang terlalu lama?
1. Masih teringat kekasih lama
Melupakan bekas kekasih memang sukar dilakukan oleh sesiapa pun. Ini kerana ingatan terhadapnya masih kuat apatah lagi jika si dia adalah orang pertama yang singgah di hati anda. Jadi mengapa anda terus membujang, inilah jawapan
pertama kepada persoalan di atas.
2. Masih dengar nasihat dari ibu bila bertemu wanita
Ini masalah yang paling teruk. Ada lelaki yang benar-benar anak emak. Segala tindak tanduk biasanya akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Tidak kata emak, itulah juga jawapan kepada kekasih. Ada sesetengah kekasih memahami tetapi ada juga yang tidak lantas menyebabkan hubungan terputus. Malah kalau sudah berkahwin, akan bercerai.
3. Gila Permainan Video atau kereta
Sesetengah lelaki sangat taksub dengan permainan video. Mereka bukan saja tidak menghiraukan soal kekasih tetapi juga aspek makan minum. Bermain permainan video ini memang sangat baik untuk potensi otak tetapi is sebenarnya tidak baik untuk tubuh badan.
Ada juga sesetengah lelaki yang sanggup berhabis-habisan duit kerana kereta. Mereka biasanya akan menambah pelbagai aksesori dengan kos yang bukan sedikit. Pantang ada promosi baru, mereka akan menukarnya. Tahukah anda lebih baik anda menyimpan wang yang ada untuk berkahwin. Kalau masih dengan tabiat ini, pasti anda tidak akan berkahwin sampai bila-bila.
4. Terlalu terdesak
Ada orang yang suka berkawan tetapi tidak suka memanjangkannya kepada sebuah perhubungan yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, ada gadis yang bila dilamar, bersetuju menjadi kekasih tetapi ada pula yang menganggap anda sebagai kawan. Dalam keadaan terdesak dan khususnya si bujang terlajak, mana-mana perempuan yang dikenali akan dilamar sebagai kekasih. Hal ini kadang-kala membuatkan cinta anda ditolak mentah-mentah oleh si dia kerana dia merasakan anda sangat terdesak.
5. Terlebih-lebih Mencintai wanita
Sesetengah wanita sangat rimas jika dirinya dikongkong oleh pasangan. Jika anda mula mengawal semua aspek termasuk dengan siapa dia keluar, bila pulang atau apa saja aspek, tentu saja akan mendatangkan kebosanan dalam diri mereka. Jadi apabila anda mencintai wanita, berpada-padalah kerana bukan semua wanita suka dirinya dikongkong oleh lelaki.
6. Anda terlalu mengharap
Berkawan tidak semestinya diakhiri di alam perkahwinan. Apabila anda mengenali seseorang dan anda mula menyukainya, pastikan dia juga mempunyai respons yang sama seperti anda. Jangan hanya anda yang menyukainya tetapi dia. menganggap anda hanya kawan biasa sahaja. Jadi jangan terlalu mengharap, nanti anda akan menjadi bujang terlajak.
nota: Dalam banyak-banyak alasan kat sini. Satu pun tak sebut pasal jodoh. Jodoh ni benda yang sama jer dengan ajal. Tak mungkin boleh dilanjutkan atau dipendekkan. Dalam masalah bujang terlajak ni aku rasa yang paling tepatnya sangat ialah jodoh. Kerana jodoh belum sampai.