murai batu
suke aku pada burung ni
halaqahonline
Tuesday, December 21, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Sunday, October 31, 2010
MENCARI JODOH
- Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~
Tuesday, April 6, 2010
wakil adun kuala ketil
PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK BAGI MEWAKILI DUN KUALA KETIL
SABTU 3 APRIL,Kuala ketil,pemilihan pemain pasukan bola sepak piala YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah telah diadakan di padang awam kuala ketil kelmarin bermula jam 3 petang - 6 petang.
Menurut ketua AJK pemilihan pemain,cgu zaini (gambar tengah) merangkap Pengurusi SUKAN DPPB berkata,pemilihan ini untuk mewakili pasukan bagi DUN kuala ketil terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun- 25 tahun.seramai lebih 40 orang peserta mendaftar dan seramai 2o orang dipilih untuk mewakili pasukan tersebut.
YB Cgu Zuki Yusuf ADUN kuala ketil
kehadiran YB cgu zuki yusuf memeriahkan lagi suasana pemilihan tersebut.beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan mengharapkan kejayaan untuk DUN kuala ketil.
wakil adun kuala ketil
SABTU 3 APRIL,Kuala ketil,pemilihan pemain pasukan bola sepak piala YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah telah diadakan di padang awam kuala ketil kelmarin bermula jam 3 petang - 6 petang.
Menurut ketua AJK pemilihan pemain,cgu zaini (gambar tengah) merangkap Pengurusi SUKAN DPPB berkata,pemilihan ini untuk mewakili pasukan bagi DUN kuala ketil terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun- 25 tahun.seramai lebih 40 orang peserta mendaftar dan seramai 2o orang dipilih untuk mewakili pasukan tersebut.
YB Cgu Zuki Yusuf ADUN kuala ketil
kehadiran YB cgu zuki yusuf memeriahkan lagi suasana pemilihan tersebut.beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan mengharapkan kejayaan untuk DUN kuala ketil.
piala mb kedah
PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK BAGI MEWAKILI DUN KUALA KETIL
SABTU 3 APRIL,Kuala ketil,pemilihan pemain pasukan bola sepak piala YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah telah diadakan di padang awam kuala ketil kelmarin bermula jam 3 petang - 6 petang.
Menurut ketua AJK pemilihan pemain,cgu zaini (gambar tengah) merangkap Pengurusi SUKAN DPPB berkata,pemilihan ini untuk mewakili pasukan bagi DUN kuala ketil terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun- 25 tahun.seramai lebih 40 orang peserta mendaftar dan seramai 2o orang dipilih untuk mewakili pasukan tersebut.
YB Cgu Zuki Yusuf ADUN kuala ketil
kehadiran YB cgu zuki yusuf memeriahkan lagi suasana pemilihan tersebut.beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan mengharapkan kejayaan untuk DUN kuala ketil.
Thursday, March 11, 2010
Monday, March 8, 2010
yb d kampung ku
Monday, October 6, 2008
PROGRAM TM BERSAMA MASYARAKAT
Pelbagai aktiviti dijalankan pada program tersebut antaranya gotong-royong dan pertandingan mewarna kanak-kanak pra-sekolah. TM menyumbangkan RM9,000 untuk membaikpulih Surau Darul Qur‘an, Kg. Kuala Samak selain peruntukan untuk membina kemudahan tandas. Selain itu, 10 orang fakir miskin turut dipilih menerima sumbangan dari TM.
Pada program berkenaan, masyarakat setempat turut berpeluang berurusan di kaunter-kaunter TM yang dibuka dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan TM selain dialog dan menikmati jamuan tengahari. Turut memeriahkan majlis, persembahan nasyid yang disampaikan oleh pelajar-pelajar dari Madrasah Raudhatul Muslimin, Sg. Kembal.
Sementara itu, Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Puan Pauziah Taib dalam ucapannya menyentuh masalah kecurian kabel yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
“Ramai yang menyuarakan kekesalan kerana talian telefon dan internet tidak dapat digunakan. Jadi kita minta masyarakat membantu TM kerana kita juga menjadi mangsa kecurian yang begitu kerap berlaku.
“Empat bulan pertama sahaja kecurian dialami memerlukan TM mengadakan penggantian yang melibatkan kos sebanyak RM 4 juta,” ujar beliau.
Menurut Puan Pauziah, adalah lebih baik wang sebanyak itu digunakan untuk membantu rakyat.
Mengatasi masalah tersebut, beliau menjelaskan, TM kini menawarkan alternatif melalui penggunaan teknologi talian telefon secara wireless yang dikenali sebagai CDMA.
Puan Fauziah dalam ucapan yang sama turut menjelaskan kepentingan internet kepada masyarakat selain menawarkan khidmat daripada TM untuk masyarakat seperti kursus internet untuk remaja dan kaum ibu.
Pegawai Daerah Baling, Tuan Haji Noh Dahaya yang turut berucap pada program itu menyeru masyarakat mencontohi rasa tanggung jawab masyarakat Jepun.
Katanya, masyarakat Jepun prihatin dan mengambil tanggung jawab bersama lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan undang-undang negaranya.
Ujar beliau, dengan sikap seperti itu jenayah yang berlaku dalam masyarakat akan dapat diminimakan.
Turut menjayakan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Ketil, YB Tuan Haji Md. Zuki Yusof, Ketua Balai Polis Kuala Ketil, SM Mohd. Nasir Omar, Pegawai Agama Daerah Baling, Tuan Syeikh Muhamad Awang, Penghulu Mukim Teloi Kanan, Encik Jamani Jamaluddin, Penghulu Mukim Tawar, Encik Abdull Latif Ismail dan Penghulu Mukim Bakai, Encik Saiful Akram Ismail.
Sunday, March 7, 2010
Saturday, March 6, 2010
first time main bowling
pertama kali aku main bowling ialah time UEMC adakan tournament
kat summit bulan yg lepas aku pun lupa the exact date
baru korang tau betapa kolotnya aku sebab aku first pertama kali baru main bowling
hahahahaha yang bestnyer 4 kali stright lain2 tu masuhuk longkang la habis jer event tu aku dapat hadiah mau tau la hadiah aper dik berus basuh kain rupenya tak patut organizer bagy hadiah camtu kalo sabun pun ok gak,nak tau aku buat jatuhan pin paling lowers ha ha ha nak tergelak pun ade,tapi nak buat camna pertama kali pegang bola bowling dik.selama ni aku takut nak cuba
takut memalukan diri sendiri...
, so main je la
Tapi past ni 2nd...ade lagi aku pasti nak masuk main plak dah brani and dah tau dah teknik nak pegang bola and berapa kg bola kita nak pilihmain bowling
pertama kali aku main bowling ialah time aku jumpa kawan lama aku
kat midvalley beberapa bulan yg lepas aku pun lupa the exact date
baru korang tau betapa kolotnya aku sebab umur 21 baru main bowling sekali
hahahahaha.....selama ni aku takut nak cuba
takut memalukan diri sendiri...
kali ni Suhail belanja, so main je la
Pok, Fizi dan Bun jgn marah ngan result tu tau.......
Friday, March 5, 2010
Thursday, February 18, 2010
Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi
Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.
Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.
Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.
Pada hal di Kedah perarakan Maulud dah dibatalkan sejak zaman regim UMNO perentah lagi.
Tak dak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato sri Mahazir Khalid bekas MB kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud.banyak lagi negeri negeri lain dibawah regim umno tak belarak pun.kenapa media arus perdana tak persoalkan.Nampak makin jelas media jadi ketuloi(barua)Umno.
Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tak salah tiada perarakan tak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah,salah guna kuasa,adu domba dikalangan rakyat bergaduh,yang salah dan berdosa bila Umno lakukan provokasi supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala babi kedalam masjid.
Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.
lebih kurang 6 bulan jugak, kami memperjuangkan untuk mengembalikan semula keper

.jpg)
.jpg)







